Popular Posts

Sunday 26 May 2013

KEJAYAAN MERUPAKAN SUATU PERJALANAN ATAU DESTINASI ???

Assalamualaikum...
Bagi ANDA, KEJAYAAN ni suatu PERJALANAN atau DESTINASI ?

Kebanyakan daripada kita menjawab KEJAYAAN itu adalah satu DESTINASI. Jawapan DESTINASI inilah yang menyebabkan kita agak sukar untuk mencapai KEJAYAAN. KENAPA? Sebabnya apabila kita meletakkan KEJAYAAN itu sebagai DESTINASI, ia menyebabkan kita menjadi takut atau tidak ada keberanian untuk mendaki ke puncak DESTINASI itu. Selain itu akan timbul perasaan bahawa untuk mencapai DESTINASI itu kita perlu melalui lorong-lorong yang sukar, akan menghadapi perjalanan yang jauh atau memenatkan. SEMUA INI ADALAH TIDAK BENAR!!!

KEJAYAAN sebenarnya sebuah PERJALANAN. KENAPA? Cuba ANDA bayangkan ANDA melakukan sebuah PERJALANAN. Sebuah percutian ke luar negara contonya London. Adakah keseronokan bagi ANDA hanya tiba setelah ANDA sampai ke London? Sudah tentu tidak kan.

Keseronokan itu tiba sebaik sahaja ANDA bercadang untuk melakukan PERJALANAN itu. Semasa ANDA pergi ke agensi perlancongan untuk mendapatkan butiran PERJALANAN, di situ sahaja ANDA sudah merasa kegembiraannya. Selain itu, semasa ANDA memuatkan pakaian ke dalam beg, memberikan perasaan berdebar-debar dan terbayang-bayang memakai pakaian tersebut sepanjang PERJALANAN nanti.

Semasa menaiki kapal terbang, ANDA akan teruja atau gembira sepanjang PERJALANAN. Sepanjang PERJALANAN juga ANDA akan terbayang-bayang apa yang ingin dilakukan di sana nanti.

Tetapi Adakah kegembiraan ANDA akan berakhir sebaik sahaja ANDA sampai ke destinasi ANDA? Tidak sedikit pun. Kegembiraan itu juga akan berlarutan hingga PERJALANAN pulang. PENGALAMAN sepanjang PERJALANAN, PENGETAHUAN yang bertambah kesemuanya memberi KEPUASAN kepada ANDA.

Dari sini kita boleh nampak KEJAYAAN bukanlah suatu DESTINASI. Ia adalah suatu PERJALANAN. Ini bermakna, tidak semestinya kita hanya boleh menikmati KEJAYAAN itu apabila kita berada di puncak. Tetapi sebenarnya kita telah mendapat KEJAYAAN itu sebaik sahaja kita memulakan langkah ke arah KEJAYAAN itu.

Tetapi INGAT! Janganlah kita cepat berputus asa. Berputus asa ni ibarat segala persiapan untuk percutian ke London tu disia-siakan. Hehe..


ANDA TELAH BERJAYA SEBAIK SAHAJA ANDA MEMULAKAN PERJALANAN KE ARAH KEJAYAAN!


No comments:

Post a Comment